Mudahnya Daftar Haji Dengan Akaun Kedua KWSP

Dulu masa underage, Tabung Haji atas nama parents kan? So bila dah besar, dah terbuka hati untuk daftar haji (Alhamdulillah), tak boleh nak daftar sebab kena tukar dari akaun kanan-kanak ke akaun dewasa. 

So, macam mana nak buat?

Cuti CNY baru ni pergi lah bawa Abah ke cawangan Tabung Haji dekat dengan rumah untuk urusan tersebut. Tabung Haji ni takde lunch break. Means, pukul 12 ke 1 tengahari ke boleh je pergi buat apa-apa urusan kecuali hari Jumaat. Tapi sebab tak tahu, kitorang pergi pukul 3 petang macam tu. Alhamdulillah orang tak ramai sangat. Dia tutup pukul 4:30 petang, so agak kelam kabut juga lah banyak benda nak buat.

Mula mula bagitau je dekat kaunter ambil nombor tu nak tutup akaun kanak-kanak, buka akaun dewasa & daftar haji terus. 

So bila dia bagi borang tu, fill in then tunggu nombor panggil. Pegawai tu akan buat urusan penutupan buku akaun kanak-kanak dulu. Ini memerlukan penjaga/ibu/bapa yang daftar tu. In my case daftar atas nama Abah. So bila dah tutup akaun tu, dia gunting buku akaun lama & abah turunkan cop jari & sign dekat borang pengesahan. Kalau tak boleh sign, cop jari pun dah okay. 

Lepas tu buka akaun baru. Kena bayar RM10. Then dia pindahkan wang dari akaun kanak-kanak tadi kepada akaun baru. 

Siap. Easy peasy lemon squeezy bak kata orang putih lol.

Kemudian, bagitahu pegawai tu nak terus daftar haji guna akaun kedua KWSP. Ye, boleh je daftar haji dengan Akaun Kedua KWSP dengan syarat ada RM1300 dalam tu. 

Being me, dengan tak bawa apa apa salinan, pen bagai pun tak bawa (jangan tiru hahaha), just buka phone, browse i-Akaun KWSP - Link: http://www.kwsp.gov.my/portal/en/member/faq/i-akaun, *make sure dah register lah untuk i-Akaun ni* log in dan tunjuk je penyata terkini (in my case 2016) dekat pegawai tu nanti dia tengok nombor akaun KWSP kita, maybe linked dengan Tabung Haji (I'm not sure) then dah siap. 

Once again, easy peasy lemon squeezy. Hahhahaha Dah siap! Siap okay! Sekejap gila.

Without any copy of IC ke, surat beranak ke, salinan penyata KWSP ke apa, tak payah! Login je dari handphone, tunjuk dan siap!

Mudahnya. Semua di hujung jari. 

Buku akaun yang cantik rupawan

**So, macam mana nak register i-Akaun KWSP? 
http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/employers/online-services 

So, by right, ikut system, bila tahun yang dapat pergi haji tu?
Tahun 2114 guys! Hahahahaha terpinga-pinga tengok tahun. Hampir hampir umur 130 tahun gulpppp.


InsyaAllah, ada niat, minta Allah perkenankan & permudahkan untuk menunaikan umrah & haji. Aaminnn~


No comments: