Jom Kitar Semula - Pusat Kitar Semula Bandar Sri Damansara

Last week, housemate ajak buat new resolution, go green! Memandangkan rumah kitorang banyak sangat tupperware tak guna, botol-botol & barang-barang lain nak buang so jomlah kita kumpul semua. Day before tu, lepas google & cari tempat recycle, diorang singgah tengok tempat tu on the way balik rumah. 

Esok paginya, Ahad, I dengan housemate sorang tu turun bawak barang-barang & hantar dekat tempat pengumpulan barang-barang. 

So ini, tempat pengumpulan barang-barang untuk kitar semula di Bandar Sri Damansara. Hari pengumpulan dia setiap hari Rabu dan Sabtu. Kalau Ahad, hanya minggu ke tiga sahaja.  So its better hantar pada waktu ni sebab kita tak nak lah tinggal terbiar je tepi jalan takde orang kutip. 

Dan juga peringatan, kalau hantar botol-botol/tin make sure basuh atau besihkan dulu lah jangan ada sisa dalam tu, senang sikit kerja diorang. Tengok Uncle tu pun dah tua & kesian dia. 
Tempat pengumpulan
Barang elektrik pun boleh.
Kitorang punya kettle lah tu yang duduk dalam tu 

Asingkan ikut kategori

Sampai melimpah ruah, punyalah banyak tupperware 

Kalau tak clear kawasan mana, boleh Waze Sekolah Sri Bestari. Opposite je.


Well,  this is new experience for me, best,  banyak juga belajar. Antaranya:
- Basuh dulu bekas-bekas nak hantar kitar
- Kena asingkan sendiri, so better asingkan siap siap kat rumah - yang ni kitorang buat
- Botol plastik bekas minuman & botol plastik produk kena asingkan 
- Ada aunty kasi tips dekat rumah prepare siap-siap bekas untuk recycle, so terus je masuk bekas tu
- Hasil kutipan ni, diorang jual & duit tu bagi dekat persatuan persatuan macam yang ni bagi dekat orang-orang yang buat kidney dialysis. Baiknya hati, kalau diorang tu Muslim, jenuh kutip pahala oi. 

So, rasa bangga dengan diri sendiri menyahut seruan dunia (kakakkakah kasi chance lah first time ni) Terus berazam nak recycle lagi especially kalau beli makanan, sekarang kan dah tak pakai polystyrene, gantik bekas plastik tu, so lepas makan, buang sisa & basuh bekas tu simpan untuk recycle, gituuuuww~

Setakat 15minit kitorang kat situ, semua Chinese yang hantar barang recycle even satu plastik je pun diorang hantar juga. Tak pastilah samaada, Malay memang kurang pendedahan, tak rajin nak recycle, atau diorang ada datang time kitorang dah balik atau pun sebab kawasan situ majoriti Chinese so yea sebab tu diorang je datang. 

Apapun, jom lah kita start kitar semula. Bak kata Uncle tu, Bumi ada satu je. Kena selamatkan. 



No comments: