Resepi Butter Chicken

Haritu, me & cousins ke Jibril untuk Chicken Buttermilk. Kata diorang sedap gila. Okay, kakak cuba.
Sekali bila dah makan, nak menangis rasa. Memang lah sedap dua tiga suap so creamy. Masuk suapan kelima, muak gila, manis! Manis yang macam manis rasa susu okay, bukan rasa cheese. Tak boleh blah nak mengabiskan hidangan tu lahaaaaiiii~

So haritu buatlah dah alang alang bahan ada dekat rumah.

Ayam - Bahagian dada/isi potong kecik kecik
Daun Kari - Segenggam
Cili Padi - Ikut nak pedas mana
Susu Cair - Satu tin
Bawang Merah/Bawang Putih - 2:1
Tepung Gandum/Tepung Jagung - 3:1
Serbuk Kari - 2 sudu besar

1) Basuh ayam, tos & lumurkan dengan serbuk kari - ketepikan, tak payah letak garam pun okay
2) Campur tepung gandum & tepung jagung, golekkan ayam dalam tepung. Golek sampai molek lol.
3) Goreng ayam - *Ini kalau nak jadikan ala ala ayam popcorn KFC dah boleh juga. Masa gaul serbuk kari tu letak garam sikit, nak pedas, letak serbuk cili sikit*
4) Tumis bawang sampai layu, masukkan daun kari, cili padi,  susu cair, kalau rasa tak cukup kuah tu boleh letak air sikit, garam gula, masak sampai mendidih, masukkan ayam & gaul sebati
5) Biarkan sekejap, tutup api & hidang
Note: Bila dah sejuk nanti kuah tu akan memekat.
Dah goreng

Siap!



No comments: