Makde & Fia's Day Out!

Lepas service kereta haritu, singgah rumah Kaklong nak ambik dia & anak-anak nak bawa ke hospital tengok Abah. Alih-alih ternampak kat FB ada orang jual kuih keria viral. Alah yang kuih keria gula melaka tu. Apa lagi, siap-siap, bawak Fia keluar sekali. 
Jom!

Boleh tahan berkerumun orang masa sampai ni


Sekali kena beratur lah pulak. Ni bukan pesen beratur panjang. Ni pesen datang, bagi nama & total nak berapa pcs kuih then balik, nanti datang ambik hahaha sebabnya orang ramai gila beli. So tak ketinggalan, I pun join sekaki. Walaupun rumah dekat, tapi macam malas nak patah balik rumah sebab nanti ingat nak straight je keluar ke highway.

So melepak lah kami berdua dalam kereta layan lagu, layan youtube, layan video macam macam lah sampai akhirnya tertido si kecik ni. Dah dapat kuih, gerak balik, singgah ambik emak kejap then ke hospital. 

No comments: