Lunch Di Ayam Kampung Publika

Cuti Xmas haritu, tinggallah me & another housemate dekat rumah tu tiga hari tak kemana. Bosan jugak lah cerita dia. So hari Ahad tu jom lah keluar melihat dunia sikit. Pening kepala fikir nak makan kat mana, so dia suggest kat area Damansara Perdana. Restoran Ayam Kampung Publika. Ok macam best so moh la kita. 

Sampai sana dekat-dekat pukul 12 so orang tak ramai boleh makan secara bertenang-tenang. Biasanya dia kata kalau weekdays ramai orang & selalu tak sempat. 

So kitorang pilih:
Nikmat 
Actually pilihan lauk tak banyak pun, tapi dah namanya restoran ayam kampung, so mestilah pilih ayam dia kan. Puas hati, ayam dia sedap gila!! Sup pun sedap. Kenyang yakmat ya tengahari tu. 

Kemudian, kami ke Aeon Big Tropicana City beli barang-barang rumah dan sebelum balik ke Sangkaya Uptown untuk secawan Coconut Shake, malangnya habis, lantas terus lah try Signature Dish ini:
Cubalah buat set yang 2 scoop saja. Boleh tahan muak nak menghabiskan banyak-banyak ni.


No comments: