Colourpop ~ Made In LA

Masa Black Friday Sale ke apa benda entah haritu, Izzaty ajak beli makeup from US. Amboi kau, kecik kecik lagi dah nak bermekap. Mekap tak nak kalah pulak tu. Tapi tak banyak choice brand apa entah. So tak jadi. 

Lepas tu si Ayong pulak suggest Colourpop. Ada sale lipstick & eyeshadow dalam $4 je. Murah gilaaaa. Ha murah lah kalau dollar. Kalau RM? Hahahha. Tapi consider murah lagi lah kalau convert to RM pun sebab dalam RM17-RM20 untuk lipstick original. Alangkan kat counter pun dah RM30++. So boleh lah I pun join lah. Nak cari kaler kaler coklat nude gitu. 

Sekali, free shipping hanya untuk $50 ke atas sahaja untuk international shipping. Ayong kata cukup sebab kawan-kawan dia pun join & another cousin pun join jugak. Ok lah. 

Dah add into cart semua, time nak bayar. Hoi! Nak guna credit card siapa? Mana ada credit card ni. Then si Fendi menyampuk dalam group, hoi kata guna CIMB. CIMB Master Card kad debit baru tu kan boleh guna untuk international shipping! / Ye? Kenapa aku tak tahu? / Ah, Noob gila hang. Hahahhaha so thanks to Fendi yang beritahu. Kebetulan Kakak baru gaji  masa tu boleh lah layan adik adik. Tapi dengan syarat, immediately bayar. Kalau tak nanti barang sampai aku let go. Hahahha. 

Then masukkan je nombor atas kad debit tu, lepas tu nama on card tak tahu sebab tak macam kad kredit dah ada nama siap-siap. Jenuh pulak call CIMB. Then CIMB kata masuk je nama penuh macam dalam IC. Dan I punya kad dah buat siap-siap haritu untuk international shipping so tak perlu nak activate lagi dah. 

Dan akhirnya, berjaya. 

Rasa nak melompat bila tengok shipping progress *biasalah, jakun tak pernah buat payment untuk shipping from oversea. Kalau dekat Lazada dan yang seumpamanya tu tak aci lah  :P* 

Finally, less than a month....taraaaaaa~~
Siap dapat free gift oi sebab dia kata dia lambat


Tak dan dan terus pakai tapi frust sikit lah sebab shade dia still pink yang Frick n Frack tu. But then Ayong kata yang dia pakai tak jadi pink pun. Pelik lah kulit you. Tapi beeper puas hati. Dah la matte. Tahan lama. Hazab sikit lah nak cuci kena guna makeup remover. Setakat acah acah basuh dngan air, tak sah solat kau karang.  Kaler pun cantik so okay, puas hati. Yang free gift tu berupa lip gloss. Okay lah Ayong satu, I satu. Sebab haritu boleh lupa nak offer Ayong suruh choose satu untuk birthday present. Dah buat payment baru teringat. Bengang gila Ayong hahahha. Sorreeeeyyyy~~

Dah sudah, lepas ni tolong lah jangan jebakkan Kakak lagi dah oi. Tapi kalau less gila gila tinggal $2 je takpe lol. 


No comments: