Adam & Birthday Present 2016

Hujung tahun ni, orang dah nak masuk darjah dua (8 tahun), awak baru nak masuk umur 7 tahun officially. Padanlah manja yakmat.

Masa bawa dia pergi IOI haritu, beria dia pujuk nak hadiah birthday dia sampai tercicir-cicir sweater lol. Pergi IOI sebab nak tukar kad RHB dan nak bawak dia tengok Moana. Sebenarnya, Makde yang nak tengok ehe. 


So sementara nak tunggu show start, buang masa lah kami ni pergi jalan-jalan. 
Tenung je lah ye. Kecik kecik dulu sebakul backhoe, bulldozer, forklift, roller, tractor and segala macam lagi awak dah ada tau

Disebabkan dia dah hafal selok belok IOI tu, diheretnya Makde pegi dekat area ice rink sebab ada kedai mainan kat situ. Alih-alih, minta nak naik dinasour. Okay lah layan. Lepas tu tak puas hati lagi, nak beli lego yang dalam bekas bentuk telur dinasour tu. Dia kata hadiah birthday, boleh lah Makde. Amboi, yang tu nak, yang dalam kedai tadi nak juga. Aiii geram juga la ni semua kau nak. 

Hah, pegi bayar sendiri. Tu, yang depan dia tu tunggu masa lah tu nak beli.

Dah tak terkira dah berapa kali naik menatang T-Rex ni

Puas hati. Birthday present 2016 katanya

Tak sempat nak balik rumah dah~

Last-last suruh dia buat pilihan. Pilih satu je. Kesian jugak tapi malas nak manjakan sangat. Dengan berat hati dia pun pilih lah lego dinasour tu. Itu pun puluh juga harga nya, nampak je macam bodoh-bodoh. 
Muka kena paksa lol

Lepas dah puas hati, kitorang pun pegi tengok Moana. Dia excited so-so je lah sebab hero perempuan kan. Hahahhaha Makde yang over suka. Lainlah Boboiboy ke, melompat lah dalam tu. 

Sebelum masuk tu ada orang buat contest, colouring, photobooth macam macam lah berkait kait dengna Upin Ipin, Moana. Beria lah Makde pujuk nak bergambar kat photobooth tu haram dia buat tak tahu je. Tak nak. Jenuh pujuk tak nak. Nyampah  betul. 

Last-last, balik je lah~



No comments: