Tukar Kad Maybank PayWave

Haritu kan kecoh kecoh viral kena tukar kad bank lah apa semua kan? So I tanya SIL, sebab dia kerja bank. So dia kata memang kena tukar pun semua bank, even dia sendiri pun kena kerja sampai pukul 8 malam & weekend pun kerja halfday untuk uruskan hal kad ni.

Then dia kata Maybank boleh apply online je tak yah gi kaunter. Good! So I pun bukak maybank2u.

Step 1 - Bukak website http://www.maybank2u.com.my dia akan keluar iklan macam ni, klik je dekat gambar tu & fill up lah semua yang berkaitan.

Lepas tu dalam seminggu, kad bank akan dipos ke alamat yang kita isi. Macam I, letak alamak office so dia courier ke office.

So bila dah dapat tu kena activate kan kad tu dekat ATM atau Online. So I choose online je senang. Bukak balik website maybank2u tadi tu tengok dekat belah kiri ada gambar yang suruh replace kad tu  
So sebab dah applied & dapat kad baru, dia keluar option activate kan kad. 










Tekan je button activate now tu
Masukkan info kad tu.
Mula mula masuk 8 digit nombor last kad, macam sample tu.
Next click confirm T&C
Request TAC
Confirm.
Taraaaa. Success!
Semuanya di hujung jari. Tak perlu lagi dah nak beratur dekat ATM ke kaunter kan. Easy much.

So macam mana rupanya kad maybank baru ni?
Sama je guys. Cherry juga.
SIL kata actually maybank boleh customize kan kad nak letak muka kita ke apa tambah RM30 macam tu tapi tak de pun option tu haritu, tapi tak kesah lah.

Apa yang lain nya kad baru ni? Dia ada tambahan MyDebit & Visa PayWave belah kanan tu. 

Lepas ni acacah korea la masing-masing beli air tin dekat 7-11 pun just wave je kad tu. Alah, drama Korea kan gituuuuu~ Pegi convenient store, nak bayar lalu lalu je kad eceh. 

Tapi I dengar orang kata kad macam ni safety dia kurang sikit sebab orang boleh lalu lalu tepi kita & curi maklumat/data dari dalam account bank kita using portable device. Allahua'lam. Harap nya okay okay je lah.


No comments: