LadyDriver - Drive Malam Di Highway Karak

I don't know you guys but untuk pemandu amatur macam I neh, drive malam adalah bukan sesuatu yang menjadi kegemaran. 

Jadinya, balik dari kampung haritu terpaksalah drive malam. Mula-mula I planned nak balik siang esoknya lepas Subuh tapi macam kesian pulak kat Abang then sebab ada Abang ok lah balik je lah malam nak risau apa kan. 


Sekali masa hantar Mak balik tu Abang tanya boleh tak drive malam? I pun kata je lah boleh sebab haku ingatkan nanti nak drive dari stesen komuter balik rumah, dekat je lah kan. But then Abang kata, ha nanti masuk highway drive lah Abang ngantuk. 

Maaaakkkk!!! Aku pun ngantuk apa semalam tak tido kat hospital, balik pun tak dan nak baring dah patah pegi hospital semula. Cuak dah masa ni. Terus segar mata hahahaha. 


Okay so masuk je highway masa tu dekat-dekat pukul 9pm, tukar seat dengan Abang. Berenti isi minyak kejap dekat RnR Temerloh then elok je masuk highway balik memang Abang bantai tido betul sampai berkeruh. Uhhhh. Masa ni nak layan radio pun tak mampu, fokus macam nak gila hahahaha. 

Duduk je lah lane kiri. Kereta boleh tahan pulak banyak & lorry pun sama. Tapi fade up jugak duduk lane kiri yang slow, takut mengantuk so I pun speed masuk lane kanan. Satunya sebab nak lari dari bas kat belakang so terus speed. Sekali sampai mana entah dah malas nak beralah dengan bas tu ha lantak kau lah pergi lah. I pun maintain je lane kiri.

Alhamdulillah smooth je perjalanan tapi sampai je Tol Bentong I kejut Abang kata dah kat Bentong then Abang like, "dah tu?" Hoi tukar laaaaa tapi dia  kata nanti tukar kat Genting. Mak ehhhhh I cuak dah ni sebab nak turun bukit corner-corner ni. Mata bulat macam nak gila punya lah nak focus. Dah la potong lori depan tu pun corner nasib la cecepat pasang high beam, tak nampak okaaayyy kalau dah biasa tahan macam Abang tahan la dah hafal mana corner mana bukit semua. Selama ni kau tahu naik je kan, tidur sampai rumah baru bangun. Ha sekarang rasakan!

Ada pulak tu lorry besar dok cucuk cucuk kat belakang last sekali ha pergi lah kau. Tak rela betul aku. Elok elok laju tadi terus drop jadi 70-90kmj hahahhahaha. Penakut punya pasal. 

Alhamdulillah sampai Genting tengok jam 10:10pm. Ek eh laju jugak ni. So, sebelum masuk terowong tukar dengan Abang. Tapiiii dia punya drive dah macam masuk race. Cuak je lah I kat sebelah, terasa rasa macam nak hentam divider. Dah la bukak tingkap, lagi lah terasa laju right. Sekejap D, sekejap gear 3 dok tukar tukar. Kalau I harapan lah, duduk lah dengan D tu unless aritu siang & tak laju, pernah lah try D & 3 tu. Then dengan kereta & lorry pun kemain dah macam berlumba. Actually kalau sorang atau Abang tak sihat malam tu I rasa boleh je I bawak sampai rumah tapi kura-kura lah cerita dia turun bukit tu kan like haritu masa balik siang tu hhahaha tapi dah Abang ada, chillex dan mengadalahhhh.

Sampai sampai tol gombak, 10:20pm. Hoi!!! 10minit je gila apaaaaa. Dari gombak balik rumah pun 10minit. Memang gila betul. Biasa kalau bawak cam biasa dalam 20mins camtu tapi kalau I lagi lambat la kot hahaha. Haruslah setengah jam lol.


No comments: