Lady Driver : Bila Allah Tegur


Dalam hidup ni, terutamanya dengan jiran-jiran, janganlah sesekali buat sombong tak ketahuan. Sebab apa? Sebab semalam ada satu kisah yang I rasa insaf sangat & menitik air mata.

Ada seorang makcik ni, dia stay blok berdekatan rumah I. Ada kedai makan depan rumah dia. Each time I nak keluar pergi tunggu bas atau jumpa orang, mesti lalu depan kedai dia. Ada ketika dia pandang-pandang, tegur-tegur sampai lah satu hari I bawa tupperware banyak-banyak banyak lepas tu dia tegur tanya I jual kuih ke? 

I dah la macam tak suka sebelum ni dia dok pandang-pandang lepas tu kenapa pulak tanya jual kuih? Mula lah nak emosi & bengang. I pun jawab endah tak endah je. Dalam hati bengang apa benda kuih??

So lepas pada tu I macam selalu elak elak & tak tengok ke arah kedai dia tu.

Tiba tiba semalam nak dijadikan cerita, balik kerja I parking depan kedai dia sebab banyak lagi parking kosong. So nak cuba lah parking bontot lagi macam semalam tu. Sekali tu tak berjaya, senget teruk tengah2 line tak macam kelmarin. Jenuh I kilas stereng  kiri kanan reverse ke depan k belakang tak jadi2 last2 dapat lah atas line kuning sipi2. So I macam lantak lah janji parking ada space sikit tu okay lah.

Sekali bila I keluar tengok2 tayar kereta atas bonggol, atas line kuning tu cemana nak cakap entah tapi dia jadi macam tenggelam tayar dia. I dah susah hati tapi nak alih lagi memang tak larat dah & tak reti dah.

Dah la masa tengah betulkan kereta tu pakcik (husband makcik tu) dok tengok je I sambil dia borak dengan siapa entah & gelak2. Tapi I tak kisah pun takkan la dia gelakkan I? Takkan lah kan.

So I pun terus pegi kat pakcik tu dengan muka tak malunya, "Pakcik boleh tak tolong saya alih & betulkan kereta?" Tebal gila muka jangan cakap lah tapi I dah tak kira dah masa tu. Masa tu wife dia kata "Laaaa ingatkan siapa tadi" So obviously makcik tu kenal lah I & memang perasan I lah kan? I je yang selalu nak avoid & ignore makcik tu. Hah perangaaaaiii!

Then pakcik tu pun kata "Awak masuk, saya ajar. Kalau saya yang alihkan nanti sampai bila bila awak tak pandai" So I pun masuk bukak tingkap & pakcik tu pun guide terkial kial lah I ni tak reti nak pusing stereng belah mana time reverse bagai. Hampir stress gamaknya pakcik tu tolong pusing sekali stereng I.

Pastu dah setel tu boleh lah eventho senget sikit pun takpelah then pakcik tu pun masuk rumah dia. So I pun lock kereta nak naik rumah. Then makcik tu kata "Alah takpe dik. Ada P tu orang tau lah baru belajar. Orang tak kisah pun parking macam mana". Ikutkan I malas  nak kisah jugak tapi sebab risaukan tayar tu tu yang mintak tolong pakcik tu. I pun dok terima kasih terima kasih la banyak kali kat makcik tu. Terasa kebas muka. Malu.
Dah masuk rumah tu cerita la dengan housemate & whatsapp kat group family.

Bila dah bertenang sikit tu I terfikir.
"Ya Allah, ni rasa nya macam Allah bagi teguran ni. Selama ni kan I macam tak suka kat makcik tu, selalu nak elak elak semua, alih alih harini dia yang tolong I" Ya Allah berdebar rasa. Rasa macam kena tampar muka. 

Rasa macam haih entah.You know, bila Allah bagi teguran/ingatan tu & kita terfikir sebab disebalik semua tu, terus menitik air mata I. Rasa sebak gila tak tau nak kata macam mana. Terasa insaf betul lah magrib maghrib tu. Dalam group family pulak I dengan SIL dok wasap wasap kata tu la jangan judge orang etc. SIL kata abang pun selalu pesan jangan judge orang semua tapi cemana pulak kalau orang tu selalu cam pandang2 je kan then kata ye lah lepas ni kena sentiasa rasa rendah diri & rasa kita ni lah paling teruk dari semua orang macam tu. Sentiasalah bersangka baik (At this moment masa type ni Kaklong belum baca whatsapp. I'm waiting respond dia. Dia tu biasanya kalau bagi nasihat memang ke kalbu peginya, tak sah lah tak mengalir air mata). Then Mak pulak reply kata syukur lah kalau semua dah mula ada rasa insaf etc. Lagi laaaaaahhh I touching, sebak, sedih rasa diri ni kecik & kerdil gila dan segala macam. Menangis lah apa lagi. Sujud syukur tanda terima kasih dekat Allah sebab tegur. 

Mungkin bagi sesetengah orang benda ni remeh & tak de apa pun, tapi for me, besar rahmat & hikmah nya. Allah tegur supaya I tak jadi ignorant, bodoh sombong (dah la sombong, bodoh tak reti reverse kereta so memang setepek lah kena semalam Allah bagi), angkuh, suka nak judge orang, terjudge orang, dan segala macam perkara negatif lain. Supaya bila Allah tegur ni, jadilah I kepada seorang yang sentiasa compare dengan diri sendiri apa apa je perkara. Sentiasa lah rasa diri sendiri yang paling tak baik, yang paling teruk, yang paling berdosa, yang paling bermasalah & sentiasalah bersangka baik serta memuliakan orang lain terutamanya jiran tetangga.

Berlapang dada lah & sentiasa bersangka baik dengan Allah :)


No comments: