Lady Driver: Drive Sorang Balik Pahang - Highway LPT

#Throwback

Minggu Cuti Awal Muharram.

30 September, 2016.

Memang planned nak balik. 
Dua tiga hari sebelum call Mak, tak sihat. Batuk-batuk.

Plannya nak keluar office awal dalam pukul empat atau lima macam tu sebab I tak familiar jalan, nak keluar susur Jalan Sungai Buloh-Kepong tu bukan senang (for me lah) sebab dari lane paling kiri nak masuk lane paling kanan atau second kanan macam tu.Dengan motor bagai, harus nya cuak.

KL To Pahang 
Lepas call mak tu, pukul 10.30am, dengan Bismillah & Doa (Bersama calar di hati kakakakah), gerak lah balik, ikut tips gila gila nih. Straight je duduk lane tengah (tips dari housemate sebab yang sorang tu nak keluar tol termasuk ke UIA huhuhu menangis kalau I kena gini) dari SD sampai ke Gombak hahahaha, takut termasuk lane nak pegi UIA/Ampang.

Lepas keluar tol, kereta boleh tahan banyak, laju laju pulak tu. Cuak nya la nak oi. Siap-siap on bluetooth hp dekat kereta then sampai Tol Gombak terbrek kuat masa nak masuk Smart Tag, meluncur handphone jatuh ke tempat letak kaki seat passenger, sebab letak kat seat sebelah. Ha lantak kau lah duduk lah situ. 

Turun bukit nak masuk terowong genting tu cuak nya Ya Allah, slow-slow je dalam 70-80kmj (kot) duduk lah dekat lane tengah (macam kaklong pesan supaya tak rapat sangat ke divider). Dah masuk terowong Ya Tuhannnnn ada pulak lori duduk sebelah kanan, laju pulak tu. I dengar ada bunyi honk tapi tak tau sapa honk sapa. Takutnya rasa macam nak tersagat ke tepi sebab lorry besar hoi lepas tu I tak bukak pulak lampu, gelap, pening kepala rasa. Nasib lah tunnel tu tak panjang weh. 

Bila dah kelua tu, turun bukit lagi. Cuak lagi, slow lagi tapi Alhamdulillah lah thanks you LPT sebab letak macam apa benda entah bumper kecik kecik kaler merah tu. Ke bukan panggil bumper? Alah benda garisan berbonggol tu to prevent orang terbabas kot sebab bila ada benda tu kan macam slow sikit kot tak kang melompat kereta. 

So bila dah sampai ke Tol Bentong tu syukurnya Ya Allah sebab most jalan lepas Bentong dah takde bukit bukau corner baring segalah dah. Kereta pulak masa tu memang clear habis. I pun apa lagi, melaju lah kan. Sekali sampai kat Lanchang, ada accident tapi hala ke KL. 

I pulak masa tu laju, dan dan lah kereta kat depan tu, Naza Sutera ke apa benda entah, slowwwwww gilaaaaa 40kmj ke 60kmj entah. Mula mula ingat dia tengok accident tu. I punya lah terbrek brek macam nak gila, takut nya Tuhan je yang tahu. Terus teringat brek 3 saat, lepas, break lagi tapi tak teringat nak tukar ke gear 3 dulu. Sekali bila dah lepas tempat accident tu pun, eh eh dia slow lagi. Nak kat bercinta macam ramai dalam tu. Kau nak makan angin bersiar siar pun lain kali boleh tak bang oii? Belakang aku ni lorry, takut lah tak suka duduk depan lorry atau belakang lorry. Nak potong tak berani kereta belah kanan banyak hahahahaha. 

Sampai satu tempat tu,  belakang clear, potong lah apa lagi, terus straight sampai lah keluar tol dekat rumah. Bila dah keluar tol tu, moh la kita masuk jalan sempit. Tak suka betul jalan dekat situ sebab satu lane tu sempit kalau selisih lorri ke bas memang I rasa kecikkkkkkk je. Tapi ada improvement sikit lah, dah boleh bawak 80-90kmj jalan tu. 

Sampai sampai simpang nak masuk kampung dalam 12:40pm macam tu. Eh ehhhhhhh 2 jam je? Hahahhah  laju woi! I bajet 3 jam sebab first time kan. Lepas tu singgah kedai, sampai rumah dekat-dekat pukul 1pm. Wooooo. 

Alhamdulillah, selamat sampai.
Speechless sebab berjaya bawa sorang balik kampung walaupun luka tercalar ada lagi uhuk


Lady Driver: Drive Sorang Balik KL - Highway LPT

#Throwback

Cuti sudah habis sis~

Beratnya hati  nak balik KL Tuhan je lah yang tahu.
Takut nak drive, takut jammed, risau nak tinggalkan Mak dan macam-macam lah. 

Dalam pukul 3.45pm macam tu lepas dah salam-salam Mak Abah, inform Abang & family group nak balik, on bluetooth, pasang MP3, so I pun gerak. Kereta banyak hoiiii. 

Ceritanya, orang laju, I pun laju, orang tak slow, I slow hahahaha dah macam apa slow gila time kat corner. Lantak lah, yang penting I tak lah slow nak mati sampai 40/60kmj (ada okaaayyy) dan duduk lane kiri, nak potong, sila ke lane kanan. Paling paling pun 70kmj, dan paling laju pun tak lebih 120kmj. Okay apa kakakakkah. 

Sekali bila dah melepasi laluan yang hazabedah tu (Bentong ke Genting Sempah), phew Alhamdulillah tapi nak ke Tol Gombak tu pun boleh tahan laju turun bukit dia, laju weh, takut I. Jam jam tu jugak lahhhhh Abang call nyaaaa. 

Tidak la I nak menjawab nya  kan. 

Tapi! Luckily Alhamdulillah sebab connect bluetooth handphone ke kereta, bila 3 kali ringing, dia auto answer, wahhhh! Mak sukaaaa~ So I tak sentuh handphone atau apa apa terus ke cakap. Loud & clear!!! 

Kesahnya, SIL tertinggal handphone & susu Adam pun tertinggal, sebab I tak gerak lagi masa tu so I bawakkan nanti jumpa kat mana-mana.

Sekali masa Abang call tu dia tanya kat mana, I kata dah nak sampai Gombak, tapi masa tu dah start jammed sikit, biasalah tu, dalam 2KM kot slow gila nak sampai ke tol. Abang terkejut kata hah? lajunya! I tengok jam erkkkk 5:30pm. Plus minus dalam 1jam 45minit sampai Gombak? Woi! I pun terkejut hahahahah. 

Eeee nak masuk lane kanan untuk Smart Tag, risau betul orang tak bagi masuk hahahhaha. Tapi lepas dah masuk tu dia punya jammedddd, lama betul, slow gila sampai lah ke Bt Caves terus jammed. Naik & turun bukit, belakang I pulak lorry, rapat pulak tu. Nak menangis rasa. Takut tersalah tekan minyak atau brek, mampos I karang. Dah la jam jam tu nak terkencing nya bagai. 
Hmmmm

Orang tak biasa jammed. Fokus berganda-ganda. Kang mana tak perasan motor cilok, dengan orang depan nak masuk lane nya tak bagi signal or I pun tak perasan, nasib tekan brake, kalau tekan minyak? Nauzubillah. Jammed sampai lah Taman Layang-Layang, hmmm standard lah tu. Lepas pada tu clear, sampai rumah dalam 6:30pm. Baca whatsapp Adik kata Abah kena hypo pulak tak lama pastu, buatkan air gula, sampai rumah call Mak Alhamdulillah tahan sikit lah hypo Abah tu, tak perlu bawak hospital. 

Then, Alhamdulillah, Thank You Allah for the journey.



Semangkuk, Batang Benar, Nilai

Pernah dengar tempat makan viral Semangkuk? Location - Batang Benar, Nilai.
Memang aneh betul nama dia. Semangkuk?

Dah lama tahu, tapi baru last week tiba tiba pergi. SIL yang tetiba Eh Jom pegi Semangkuk Batang Benar? Amboi meriah benar weekend. Semalam ke Sungai Congkak, harini jogging ke Saujana Hijau & petang ke Nilai. Sebabkan Nilai-Kajang tak jauh pun, about half an hour,  maka moh la. 

The most popular Kelapa Lemon Laici is a must! Sedaaapp! Tapi kalau masam sikit lagi would be nice kot! 
Ini dia Kelapa-Lemon-Laici
Medium size, bapak gedabak
Medium price around RM5++


Close up sikit
Mine. Mee Bandung Tulang.
Mee Bandung dia very recommended oi!!! Sedap gilaaaa!!! Baru rasa kuah sikit terus macam ouhhhh sedap nyaaa! Daging pun lembut!


Abang order Mee Bandung Gearbox Kambing. It cost around RM15-RM20 if not mistaken

Ye tak salah baca, gearbox kambing!! Huih sedappp~ Siap straw dibaginya ha sedut la pepuas!

SIL order laksa. Actually nak order laksa claypot special. Ada udang & ikan tapi sebab ikan habis so order laksa biasa. But unfortunately, erm, cannot go. Kuah dia tak menepati citarasa like penang laksa so tak termakan pun. 

Anak anak pulak makan Nasi Kukus Ayam Dara, gerai sebelah sebelah. Sedap betul ayam, sambal & kuah dia! Ayam juicy & sedap buat ratah dengan sambal.

And not to forget, pisang cheese dia! Tolong laaahhh, bapak eh sodapnyaaaa~ lain dari yang lain, recommended!

Kalau nak pergi, waze/google je Semangkuk Batang Benar, insyaAllah sampai lah. FB link: Here


Lady Driver : Kegelabahan Yang Tak Dapat Dibendung

I couldn't agree more bila orang condemn lady driver. Sebab I am one of the kind. Hahahaha.

Kesahnya, petang tu hujan. Dari lepas asar like that. I dah menggelabah lah sebab Alhamdulillah since balik dari kampung & start drive pergi balik kerja tak hujan, jalan clear & I'm happy lah kekdahnya.

Sekali bila hujan, mula dah dia. Macam mana nak parking nanti, macam mana nak balik drive hujan hujan ni and so on.

Sharp 6, officemate pulak Eyh you tak nak balik lagi ke? Sebab gelabah tak nak kunci office I terus balik. Masuk masuk kereta start engine, wipe cermin & relax jap on aircond, radio sekali ada kereta tunggu kat belakang nak masuk parking. Aiseh. I ni tak nak la orang tunggu lama kang serba salah, maka terus keluar parking.

Alhamdulillah smooth je sampai lah dapat parking. Remember, jarak rumah dengan office naik kereta 2-3 minit je lol. Kalau jalan sempat lah berpeluh 15minit. Minyak kalau penuh gamaknya kalau setakat ulang alik ofis rumah 3 bulan tahan kot hahahaha.

Sekali bila dah parking, guess what!!??
Dah parking kat rumah baru sedar side mirror tak  bukak!!!!

Hahahahaha tergelak sendiri. Hoi gila kau bawak kereta tak bukak side mirror. Bahaya gilaaaaaa.

Nasib lah dekat je ha. I pelik jugak kenapa nya signal terang sangat ni? Kan Axia punya signal ada kat side mirror jugak kan. So itu lah. Kalau dah melekat kat tepi muka mau tak terang?

So begitulah ceritanya typical lady driver. Yang mujur tak bukak side mirror, haritu balik dengan Abang, ada lady driver bawak BMW tapi pintu driver tak rapat. Heran gila kitorang. Alangkan Axia cenonet ni pun ada sensor berkelip kelip kalau tak rapat pintu, ni pulak BMW baru? Dia tak sedar ke cemana? Tengah highway oi, seram kayyy. Laju laju karang buatnya terbukak pintu tu, tak ke arwah kat situ? Nauzubillahhhh.

Hadoi makkkk. So tu lah tak berani cerita kat family group takut mak risau huhu. Dah tu parking bawah pokok terisau risau juga. Tak apa lah, doa banyak banyak moga Allah lindung perkara perkara buruk. Aaminnn..

P/s : Nak kena buat checklist before and after drive ke cemana ni? Huhu.


Pau Cendawan

Sekarang kan viral pau cendawan. 

Alah pau yang luaran dia memang sebijik sejibik rupa cendawan tu, siap bertangkai bagai. Inti dia sos carbonara macam spageti tu. I pernah lah surf cara membuatnya. 

So balik masa jaga Abah warded haritu, teringin gila. Google google tengok FB, takde yang available. Yang ada pun masa tu dia bukak kedai dalam 3:30petang. I balik hospital masa tu pukul 2, nanti petang lepas asar nak keluar hospital semula. Tapi sebab nakkkk sangat, so dalam pukul 3 tu sanggup tunggu depan kedai dia. Pakkal semua frozen, kalau dah siap kukus, tak la kelam kabut sangat. So tunggu punya tunggu dapat lah. Balik, terus kukus & bismillah...
RM5 untuk 3 ketul.
Murah, tapi kalau inti dia tu banyakkan lagi confirm tiap kali balik I repeat.



Achievement Unlocked : Highway LDP

Kakakkaah kau semua nak "achievement unlocked"
Well, kasi chance lah sikit dekat Kakak.

So haritu, Jumaat, Bos bingit bingit suruh pergi Putrajaya settelkan hal office. I pun okay laaaahh I pergi lah nanti Isnin. Alang alang kita balik Kajang lah  sebab dah dekat yakmat dah dengan Putrajaya nya pun. 

Berbekalkan waze (dan semalam dah pergi Taman Saujana Hijau) so tahu lah jalan nya nak sampai ke simpang Putrajaya tu, ikut waze, jalan tak sibuk, kereta tak banyak so easy je lah nak sampai ke KDN. Sekali sampai sana takde parking, pusing dua tiga kali tak dapat dapat, last pergi Immigration dulu. Immigration is so bae. Luassss yakmat banyak ruang. 

Dah setel Immigration, patah lagi ke KDN, still, takde parking, last last I parking tepi jalan je, puas berdoa tak kena clamp atau saman. Lepas dah settle, Alhamdulillah.

Hey orang government ni memang tradisi eh kalau hari gaji je ada jualan jualan? Be it anywehere, KDN Putrajaya ke, KDN Jalan Duta ke, memang ada. So apa lagi, nampak brader western food ni bukak booth, then I pernah beli food dia last time, and it was soooo sedap! Maka moh la kita repeat.

Lasagnaaaaa. Baru ingat nak beli this week balik kampung tapi sebab dah dapat, so okay tak yah dah. Alhamdulillah.

Shepard Pie. Kentan dia tebal omnomnom!



Perut tengah lapar, makan panas panas, nikmat betul. Alhamdulillah. Dah habiskan satu tu, jom balik.

Ok, now nak balik Damansara how? Tengok waze dia tunjuk ada few jalan. Dulu I selalu ikut MEX kalau balik, Nak ikut SKVE pun macam okay, sekali entah macam mana termasuk ikut LDP, dah lalu Puchong pulak. Apa ni? Omg.

Ah ikut je lahhhhh sampai lah jumpa mini penang bridge tu lega lah dah dapat yang tu. Then straight je lah sampai lalu ke KJ, OU jumpa tol LDP semua.

Finally, arrived. Alhamdulillah..


Lady Driver : Soalan Bodoh Pasal Gear

Abang pernah ajar, kalau dekat corner tajam atau turun bukit kena guna gear 3 (kereta auto). Supaya lebih terkawal kereta dekat corner & paling laju pun kalau pakai gear 3 dia boleh pergi setakat 100kmj.

Dan kalau naik bukit atau potong pun guna gear 3 untuk lebih pickup.

#Throwback

Abang pernah ajar gear N, gear 3 masa mula mula dapat kereta.

Masa dia ajar tu I was soooo damn blur sebab first time drive. I drive, tapi dia yang handle stereng, handle handbrake I just press minyak je hahahhaha. So bagai di angin lalu je lah ajaran dia tu. Ibarat mencurah air ke daun keladi gitu. Lalu je terus jatuh hahahah.

Tiba tiba bila nak balik Pahang I sangatlah gelabah teruk sebab semua orang risaukan I pasal corner turun bukit lepas terowong genting sempah tu hmmm hmmm, so I pegi whatsapp Abang, reconfirm balik gear 3 ke gear N nak turun bukit. Lepas tu dia kata kalau tak break paling laju pun boleh pergi 100kmj gear 3 tu. 

Dan jangan sesekali guna gear N sebab takut I tak pandai nak balance kan. 
Tsskkk, why lah so susah bawak kereta? T____T

Lepas tu I pergi tanya soalan bodoh : Oh tapi gear 3 tu pun boleh brake kan? 

Kau dah kenapaaaaaaaa?? Like hellooooo takde soalan lagi bodoh nak bagi? Hahahahaha. Nasib baik Abang melayan, ye kan je. Hahahaha. 

Nak balik Pahang. Kena balik sorang. Kalau tidak, sampai bila-bila pun tak pandai hoiiii T__T

I is tengah stress kerja ni tu yang mengarut ngarut tu sebab bengang staff dulu yang berenti takde handover apa benda kasi I. Benda tu mula mula I in-charge lepas tu boss suruh budak baru masuk tu lepas tu budak tu berenti macam tu je apa pun takde handover like pissed off gila perangai. Lepas tu I pun blur blur pegang document apa yang ada je lah then sekarang client bising kata company takde bagi original document. Haih annoyyyinggggggg!



Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Imran & Adam request nak jogging hujung minggu. So Abang & Akak pun bawak la ke Taman Saujana Hijau Putrajaya. I mula mula nak join on Sat, tapi terlambat sampai sebab bersiar-siar di pagi hari tengah KL. Hahahhaa.

So Ahad pagi tu  pergi lagi. Sampai sampai OMG! Ya Allah cantiknyaaaa!! Hijaaaauuuuuu. Kalau pergi lepas subuh mesti lagi syok ni. Next time maybe?

Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Warming Up

Aim your target

Get started


Shortcut. 


Aaaaa cantikkk!!

Jogging tengah longkang sambil melalak "Kau fikir kau siapa?" - Kalah Dalam Menang-


Surrender

Nak fefeeling hindustan? Golek golek taman bunga? Silakan

Cos vending machine out of service, mengamuk  nak air be like~
Patah pinggang nak oiiii dah nak sama tinggi ha

Port budak budak photoshot preconvo. Untong laaaa~

My baby wasn't in a good mood. 

Bye, See you again.

Ada jugak yang ber birthday party kay. Tak sesuai okay pukul 10 pagi dah panas berpeluh berlendir karang oi. Buat la pepetang sikit kot iye pun. Yang wed photoshot, couple photoshot semua ada lah cerita dia.

Next time will go again.



Ladt Driver : Perempuan & Panik

Lepas kejadian keinsafan dengan makcik ayam penyet tu, esoknya pergi kerja awal sebab ada benda nak kena siapkan. Ngam ngam lah makcik tu tengah menyapu kat kedai dia. I pun tersengih sengih la tegur makcik tu & masuk kereta. 

Sampai sampai dekat office lengang lagi okay lah boleh choose parking suka hati tapi bila dah park rasa eh ni nanti nak balik mesti opposite ada orang blocked tapi nak alih macam malas. So guna konsep redho lah. Ada lah hikmah kenapa Allah lorongkan hati untuk parking kat petak tu. Ok done.

Turun turun tengok tayar rasa macam kempis je. Mula lah dah nak risau semacam sebab semalam tu kan lepas terparking atas bonggol kan dia macam terkempis sikit.

Tenggelam ke tak? Kesian betul perempuan ni tayar pun tak reti tengok hahaha.


Dasar perempuan panik, terus snap gambar tapi nak tanya siapa? Nak tanya Abang macam malas. Takpe, kita guna kuasa google. 

Lepas siapkan kerja turun semula nak bayar parking, nampak colleague, runner office. Heh! Cepat cepat panggil dia suruh tengok kan tayar. 

Sekali dia kata "Eh ini standard lah, memang macam ni. Ok maa ni. Don't worry lah"

Kakakakah. Bongok betul I rasa. Cos I expect tayar mesti bulat rata sama macam atas bodohnyaaaaa hahhahahaha. Kan ke tayar tu pressure kereta dok atas dia, by logic memang lah kebawah sikit. Nak lagi saiko nya, masa jalan ke mesin parking tu, boleh pulak cek cek tengok tengok tayar kereta orang lain "Eh sama je, ada yang lagi tenggelam? Okay la kot".

Hahahaha emang dasar betul. 
P/s - Kalau you, mesti geleng kepala teruk betul perempuan ni. Hahahaha.

Ok now dah boleh lega. 
Bukan apa, bila google tu ada yang suruh cek tayar & minyak hitam everyweek lah dan macam macam lah yang membangkitkan perasaan nervous. Dah la nak balik kampung sorang-sorang next week. 

Phewww... now dah boleh bertenang & sarapan.



Lady Driver : Bila Allah Tegur


Dalam hidup ni, terutamanya dengan jiran-jiran, janganlah sesekali buat sombong tak ketahuan. Sebab apa? Sebab semalam ada satu kisah yang I rasa insaf sangat & menitik air mata.

Ada seorang makcik ni, dia stay blok berdekatan rumah I. Ada kedai makan depan rumah dia. Each time I nak keluar pergi tunggu bas atau jumpa orang, mesti lalu depan kedai dia. Ada ketika dia pandang-pandang, tegur-tegur sampai lah satu hari I bawa tupperware banyak-banyak banyak lepas tu dia tegur tanya I jual kuih ke? 

I dah la macam tak suka sebelum ni dia dok pandang-pandang lepas tu kenapa pulak tanya jual kuih? Mula lah nak emosi & bengang. I pun jawab endah tak endah je. Dalam hati bengang apa benda kuih??

So lepas pada tu I macam selalu elak elak & tak tengok ke arah kedai dia tu.

Tiba tiba semalam nak dijadikan cerita, balik kerja I parking depan kedai dia sebab banyak lagi parking kosong. So nak cuba lah parking bontot lagi macam semalam tu. Sekali tu tak berjaya, senget teruk tengah2 line tak macam kelmarin. Jenuh I kilas stereng  kiri kanan reverse ke depan k belakang tak jadi2 last2 dapat lah atas line kuning sipi2. So I macam lantak lah janji parking ada space sikit tu okay lah.

Sekali bila I keluar tengok2 tayar kereta atas bonggol, atas line kuning tu cemana nak cakap entah tapi dia jadi macam tenggelam tayar dia. I dah susah hati tapi nak alih lagi memang tak larat dah & tak reti dah.

Dah la masa tengah betulkan kereta tu pakcik (husband makcik tu) dok tengok je I sambil dia borak dengan siapa entah & gelak2. Tapi I tak kisah pun takkan la dia gelakkan I? Takkan lah kan.

So I pun terus pegi kat pakcik tu dengan muka tak malunya, "Pakcik boleh tak tolong saya alih & betulkan kereta?" Tebal gila muka jangan cakap lah tapi I dah tak kira dah masa tu. Masa tu wife dia kata "Laaaa ingatkan siapa tadi" So obviously makcik tu kenal lah I & memang perasan I lah kan? I je yang selalu nak avoid & ignore makcik tu. Hah perangaaaaiii!

Then pakcik tu pun kata "Awak masuk, saya ajar. Kalau saya yang alihkan nanti sampai bila bila awak tak pandai" So I pun masuk bukak tingkap & pakcik tu pun guide terkial kial lah I ni tak reti nak pusing stereng belah mana time reverse bagai. Hampir stress gamaknya pakcik tu tolong pusing sekali stereng I.

Pastu dah setel tu boleh lah eventho senget sikit pun takpelah then pakcik tu pun masuk rumah dia. So I pun lock kereta nak naik rumah. Then makcik tu kata "Alah takpe dik. Ada P tu orang tau lah baru belajar. Orang tak kisah pun parking macam mana". Ikutkan I malas  nak kisah jugak tapi sebab risaukan tayar tu tu yang mintak tolong pakcik tu. I pun dok terima kasih terima kasih la banyak kali kat makcik tu. Terasa kebas muka. Malu.
Dah masuk rumah tu cerita la dengan housemate & whatsapp kat group family.

Bila dah bertenang sikit tu I terfikir.
"Ya Allah, ni rasa nya macam Allah bagi teguran ni. Selama ni kan I macam tak suka kat makcik tu, selalu nak elak elak semua, alih alih harini dia yang tolong I" Ya Allah berdebar rasa. Rasa macam kena tampar muka. 

Rasa macam haih entah.You know, bila Allah bagi teguran/ingatan tu & kita terfikir sebab disebalik semua tu, terus menitik air mata I. Rasa sebak gila tak tau nak kata macam mana. Terasa insaf betul lah magrib maghrib tu. Dalam group family pulak I dengan SIL dok wasap wasap kata tu la jangan judge orang etc. SIL kata abang pun selalu pesan jangan judge orang semua tapi cemana pulak kalau orang tu selalu cam pandang2 je kan then kata ye lah lepas ni kena sentiasa rasa rendah diri & rasa kita ni lah paling teruk dari semua orang macam tu. Sentiasalah bersangka baik (At this moment masa type ni Kaklong belum baca whatsapp. I'm waiting respond dia. Dia tu biasanya kalau bagi nasihat memang ke kalbu peginya, tak sah lah tak mengalir air mata). Then Mak pulak reply kata syukur lah kalau semua dah mula ada rasa insaf etc. Lagi laaaaaahhh I touching, sebak, sedih rasa diri ni kecik & kerdil gila dan segala macam. Menangis lah apa lagi. Sujud syukur tanda terima kasih dekat Allah sebab tegur. 

Mungkin bagi sesetengah orang benda ni remeh & tak de apa pun, tapi for me, besar rahmat & hikmah nya. Allah tegur supaya I tak jadi ignorant, bodoh sombong (dah la sombong, bodoh tak reti reverse kereta so memang setepek lah kena semalam Allah bagi), angkuh, suka nak judge orang, terjudge orang, dan segala macam perkara negatif lain. Supaya bila Allah tegur ni, jadilah I kepada seorang yang sentiasa compare dengan diri sendiri apa apa je perkara. Sentiasa lah rasa diri sendiri yang paling tak baik, yang paling teruk, yang paling berdosa, yang paling bermasalah & sentiasalah bersangka baik serta memuliakan orang lain terutamanya jiran tetangga.

Berlapang dada lah & sentiasa bersangka baik dengan Allah :)


Chia Seed : Melawas & Memudahkan Pembuangan

Siapa sini susah sangat nak membuang air besar? Seminggu 2 kali ke macam tu?

Pernah dengar pasal chia seed? Yang macam biji selasih tu, tapi bukan biji selasih. Jangan confuse. Dia sama saja mengembang macam biji selasih tu.

Antara khasiat dia:

1. Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat antioksida, dapat membuang toksin daripada badan. (Ini I dapat rasa. Memang tak rasa letih sangat compared hari hari biasa. Mood swing time period/PMS pun macam tak ada sangat)

2. Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari dan malam. Sesuailah dengan kata-kata " Lose Weigth Without Starving ". Ini kerana apabila kita makan 'chia seeds' ni , ia kembang di dalam perut menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang . (Erm, sebab I ni kuat makan, maka tak berapa nak serasi lagi, tapi asyik rasa nak minum air masak sepanjang masa, itu ya & its good for you!)

3. Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan. (Totally agree!! Yang paling best, pagi pagi mesti rasa nak membuang & senang, boleh rasa poop tu lebih lembut berbanding biasa. Yang ni I suka sangat. Sebab biasanya memang akan membuang lepas breakfast, tapi yang ni bagus pagi pagi lagi dia dah proses yang semalam, so mula lah fefeeling perut kempis lol)

4. Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda. (Ye sungguh, ke-moody-an menjelang period dapat dikurangkan hahahaha)

5. Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi. (Mak Abah my sister in law kata bagus. Siap request beli lagi. So I'm gonna ask my mom pulak try. Since lepas demam teruk haritu dia kata asyik takde energy, lemah, bengkak kaki, meh kita try)

6. Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis. Dalam erti kata sains chia seeds ni boleh memperlahankan proses pertukaran karbohidrat kepada gula di dalam badan. (No testimonial yet from me. Nak bagi Abah try tapi sebab masalah jantung/semput dia tak boleh minum air banyak so I don't know boleh ke tak bagi)

7. Mengelak anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan. (Setakat yang I perasan I kerap nak minum air masak banyak, jadi tak puas. Asyik nak air masak je, bagus!)

8. Makan 2 sudu besar sehari bermakna anda dah berjaya menyediakan badan dengan 7g fiber, 4g protein, dan 5g omega-3 fatty acids. 

9. Memperolehi tidur yang sihat dan nyenyak. 

10. Pendek kata, macam-macam lagilah.

Source:  Link

So haritu SIL beli untuk  mak & abah dia, katanya berkesan untuk sakit lutut. So bila dah google google & baca khasiat di, I pun decide nak try. Mula mula mintak yang housemate punya, buat makan dengan oat. Eh sedap jugak krup krap krup krap kunyah biji chia tu
Acacah flatlay. Breakfast. Oat+Susu Coklat+Chiaseed

Lepas dah dua hari macam segan pulak asyik mintak je, benda boleh tahan mahal kot. Tapi okay lah tahan lama sebab sehari sesudu je, jangan overdose pulak.

Maka, ke Lazada/Lelong lah kita. Itu je tempat kegemaran I. Surf & Surf dapat lah yang promo Buy2Free1. Well, not bad. Boleh lah ni, Me, Mak & Kaklong. Cukup lah satu sorang. Order, bayar, esok sampai. Pantas!

Superb packaging with sticker. Ha nak beli boleh refer link tu. 
Free gift colostrum powdered drink lol

The Brand & Seal
Campur je dalam air masak yang kita nak minum macam dalam botol air hijau tu.

Kalau nak murah kena pandai cari. Mine, RM78 (RM3 delivery charge) for 3 bottles  so sebotol 300gm jatuh dalam RM25. Housemate beli RM30 / 300gm, SIL beli RM65/3bottles/300gm & kawan sekolah inform beli kat Cosway RM50 1KG. 

Ha pilih lah nak.

Kalau duduk satu rumah ramai ramai nak share, molek lah beli sekilo terus. Kalau sorang, 300gm pun dah cukup, entah bila zaman nak habis entah.

Hopefully, boleh dapat banyak manfaat amalkan chia seed ni, amin. InsyaAllah..


Hospital Jengka

#Throwback

Cuti Awal Muharram haritu lagi Abah dah semput teruk, tapi sebab ada oxygen machine kat rumah so tak perlu lah pergi hospital. Lagipun susah nak turun naik katil, pegi toilet dan sebagainya sebab kaki dah tak kuat, mana nak topang kaki lagi, so bila banyak pergerakan cepat la letih dan semput.

Tapi, minggu depannya tu, Ahad malam adik bawa Abah ke hospital. Neb je lah sebab nak masuk air pun ada problem jantung & buah pinggang takut juga nanti jadi apa apa. So nurse/MA bagi neb then ambik darah, masuk ward. 

Tapi sebab benda tak lah kritikal & kami tau condition macam mana, so semua pun tak lah kecoh terus balik malam tu. Infact, I masuk office dulu pagi Isnin tu sebab Adik informed warded pun dah lepas tengah malam. 

Esoknya I siapkan kerja, amil half day & balik dengan Abang. So lepas Abang setel kan anak-anak sekolah petang, pukul 2 macam tu I pun gi fetch Abang dekat komuter & kitorang balik kampung berdua je. Dan drama pun bermula. Mula mula nak serang balas tapi ah takpe lah, lantakkan je lah.

Then sampai Temerloh ambik kaklong & anak2 gerak ke hospital. Sampai hospital dah pukul enam lebih. Lepas discuss, okay malam ni I jaga Abah tapi balik rumah dulu lah mandi2 solat makan2 kemas2 barang then pukul 9 macam tu pegi hospital. 

Hospital ni hospital lama tau. Dia takde kelas kelas wad. Cuma satu blok wad lelaki, satu blok wad perempuan, satu blok wad kanak-kanak dan lain-lain. So orang pun tak ramai. So? sunyi lah  hoi. Pukul 9 malam tu nak jalan dari parking ke wad pun tercuak cuak I. Lalu depan public toilet pun tak pusing dah sebelah bila dengar orang keluar toilet hahahhaa. 

Malam nya tak boleh tidur. Bukan sebab takut, tapi sebab panas & tengok tengok Abah, lepas tu ada orang meninggal, nurse berborak borak, kejap kejap terjaga sampai lah ke subuh. 

Tapi hospital ni tenang. Landscape pun cantik, redup. Ah lupa nak snap photo. Huntong laaaa doctor2 & nurse2 yang kerja sini. Doctor pun semua muda-muda lelaki perempuan cina melayu, setakat yang I tengok haritu lah. Dan semua pun okay borak-borak & explain this and that. Boleh kata puas hati lah.

Orang pun tak ramai hospital ni. Maybe jugak sebab weekdays kot. Pelawat tak ramai so I dengan senang hati dapat parking elok elok.

Tapi yang tak berapa nak bestnya, hospital lama kan, toilet dia tak best, sempit & tak ergonomik (eceh teringat time study dulu subject Ergo hahahha) untuk wheelchair & orang-orang tua, katil tak boleh rendah dah la katil senang bergerak, nasib Abah tak jatuh huuu, lepas tu tempat sangkut drip air, rare okay. First time tengok hahahha. Nasib lah sependek-pendek I pun lepas lagi nak ambik  & sangkut.  Kantin dia pun boleh tahan lah tapi surau dia I meant public surau dia best. Luas & selesa.

Day 3


Wad Lelaki Hospital Jengka. Kira nya kalau budak budak tak boleh masuk atau nak pass pass barang boleh je hah pass ikut tepi tingkap. Gituuu~

Can you see that? Drip tu gantung gitu je hah lol




So 5 Malam 4 Hari Abah admitted. Alhamdulillah hari Khamis dah boleh keluar.


Double Park Depan Belakang & Reverse Parking

#Throwback.

Second day bawa kereta ke office.

Happy lah dapat strategic parking depan office tapi yang silapnya I ke depan sangat so bagi banyak ruang untuk orang double park kat belakang. Tsskk.

Dah la kat bawah ni banyak shoplot jadinya owner owner kedai ni memang hobi dia suka double park sebab bila orang dah balik kerja nanti senang lah dia nak masuk parking kan. Habis jammed jalan.

So I pun turun lah sharp 6 ni punyalah nak balik cepat & nak dapat parking serong kat rumah hahahah dasar orang baru belajar drive macam nilah cerita dia.

Turun turun Ya Tuhannnn penuh double park.

I dah spotted Myvi AJS tu. AJS tu dari semalam lagi dah dok blocked I. Kenal, owner kedai phone bawah office ni. Pernah jugak lah pergi kedai dia. Dah la I dok hon hon bapak lama dia buat tak tau je padahal betul betul depan kedai dia. Nama nak tinggal contact kat dashboard memang takde ye. Lepas tu dia keluar kata kejap ya ada customer kat kedai. I pun okay je lah nak rushing ke mana ye tak? Sekali dekat 10 minit dia attend customer dia. Geramnya lah hakuuuuu. Tak boleh ke tinggal seminit je kejap customer tu biar I alih kereta then masuk lah park. Memang clearly depan kedai dia kot kalau orang nak buat jahat e.g. mencuri kedai dia  ke memang tak sempat ya. 

Ada pulak brader brader & pakcik pakcik tengah meeting apa benda entah depan ofis construction tu, siap diaorang suruh I ke depan & pusing sikit cemana tah kira boleh je sebenarnya nak keluar kalau terel. Suruh I? Kirim salam je lah. Terus jammed karang hilang kisah nak keluar. Dah nak mintak pakcik pakcik tu alihkan dah tapi sabar sabar, istighfar banyak banyak. Then datang la mamat AJS tu. Dah tu dia alih kereta tunggu belakang I. Mak nervoussss cemana nak keluar ni?? Dah la lupa tengok blindspot ada motor kat tepi belah kiri nasib tak berlaga.

Hari ni dia buat lagiiii. Blocked lagi. Padahal bukan park depan kedai dia. Jauh jugak lah kot. Geramnya hakuuuuuu!

Hari ni, yang blocked owner kedai gambar pulak. Hahahahaadoi. So dia pun alih kereta dia, tunggu kat belakang nak masuk parking I. Dah jadi cenggini:
Gigih tau lukis nak explain

Menangis tak?

Kereta I merah, AJS tu nampak putih tu? Hah cemana kau nak reverse & pusing ke kiri sana? Berdebar jangan cerita lah. Nak nangis rasa nak turun kereta tu suruh orang lain tolong reversekan hahahha. Tapi kuatkan semangat. 

Bukan ikut cermin kiri kanan sangat, ikut logik kepala. Hahahha tak boleh pakai betul.

Reverse & pusing, tak lepas, reverse sikit lagi, ke depan & pusing, phewwww Alhamdulillah lepas. Sensor pun tak bunyi masa nak lalu sebelah AJS tu kira ok lah kan. Bunyi masa nak reverse tu standard lah sebab ada kereta kat belakang & tepi. Tapi I tengok kereta belakang beratur lah. Tapi Alhamdulillah lah tak lama. Doa banyak banyak. 

Lepas tu dengan simpang tiga pulak. Dah la simpang tu takde traffic light. Memang mendebarkan sungguh lah. Kereta jalan lurus dari belah kanan dengan kereta dari depan kiri nak masuk kanan. I pun nak cross masuk kanan. 

Mana nak ingat dah law. Tapi I rasa macam kena utamakan jalan lurus kanan, yang nak masuk simpang kanan gitu. So slow slow I ke depan time kereta dah slow tu cepat cepat cross. Macam ada motor hon. Tak tau hon siapa hahahah lantak lah. Biasa lepas 6.30 baru kereta packed gila situ tapi ni 6:10 pun packed? Cuak gila. Debar tak ingat. Asal nak balik kerja je mula dah dia. 

Masuk kawasan rumah, eh parking serong penuhhhhh! Dah la ada yang bangsa one way pun dia belasah masuk. Sakit hati lah. Dah la jalan sempit kiri kanan kereta park, kau lagi nak masuk salah jalan. Geram betul. Terpaksa lah berhati hati macam nak gila. 

Then tengok parking yang biasa tu banyak kosong, I pun try la belajar parking reverse. Alhamdulillah berjaya tapi tak balance kiri kanan. Dua tiga kali adjust turun bagai hahahhaha. Nasib la situ takde orang lalu sangat tak lah malu. Itu pun tak ikut betul betul cara parking dia. Lantak lah janji masuk dalam kotak. Tak balance pun lantak la biar lah. Dah betulkan pun tak balance lagi so tak kuasa lah I. 

Untuk kenangan di masa hadapan:
Nampak? Luas gila belah kanan hahahahha.

Lepas dah adjust. Boleh lah.
Kiri kanan kosong berani lah kakakakah. 

Siap tampal P lagi supaya orang lain alert dan tak kena maki sangat kakakakah. KL boleh lah kau nak acah acah orang bertimbang rasa pakai P, plat Pahang. Balik kampung tengokkkkk?

Semoga balik kerja harini Allah mudahkan lagi untuk parking. Aaminnn~


Decathlon - Tempat Shopping Barang Sukan

Kalau kaki sport, I think mesti dah biasa dengar pasal Decathlon ni kan? Dekat je dengan rumah ha, tapi tak pernah perasan. 

So Decathlon ni kira macam syurga shopping untuk kaki sports lah. Sebab murah & banyak pilihan. Macam macam ada. Baju, kasut, seluar, tuala, botol air, basikal, bola, kemah, yoga mat, peralatan renang & macam macam lah oi semua ada nak apa cakap je. 

Mula mula SIL yang nak pergi, nak cari kasut sukan Adam. Dah alang alang dekat rumah I join lah. Sekali dok whatsapp ke cousins, dah semua terjebak. Si Fendi terus mintak birthday present as return, nanti exchange dengan dia belanja makan. Dan dan tu lah terus discuss dengan Ayong share beli. Hahahaha. Bertabah lah bincang birthday present dalam group. 

So Fendi tengan gila marathon so dia nak la apa benda nama entah yang letak dekat pinggang boleh letak kunci-kunci & botol air tu. Okay jumpa. 
Si Fendi nak yang macam ni lah. Okay ada jual tapi bukan brand ni lah. Siap botol air, harga RM60.

Si Ayong & Fara pulak nak yoga mat. Okay, beli. 

Me? Takde beli apa pun sebab I bukan kaki sukan hahaha.


Gila ke tidokkkk
Lepas tu menjebakkan housemate pulak. Ha lepas ni sesiapa nak pergi, sila lah. Harga dia macma fix price je dan macam takde GST (ke dah included entah). Lokasi dia dekatk bangunan 8trium Sri Damansara, sebelah court. Building 8trium tu tepi jalan dah nampak kalau nak menghala ke Damansara Damai / Sungai Buloh tu belah kiri. 

Selamat bershopping & bersukan.

Lady Driver: 14092016

Pagi pagi lepas Subuh drive dari rumah Kaklong nak balik rumah, hantar Mak Abah ke hospital , bawak anak anak balik kampung kecuali Fia. 

So stress free lah sebab pukul tujuh, budak sekolah cuti so memang tak de kereta sangat. Masuk tol okay smooth lepas tu stop dekat Shell nak isi minyak tapi takde ATM pun tapi okay lah ada duit ngam-ngam isi minyak. Passed! Alhamdulillah. Berjaya park elok elok & isi minyak sendiri. 

So teruskan jalan eceh masa ni dah boleh potong lorry, hah boleh lah tengah highway tak yah nak bangga sangattttt. Keluar tol pun okay smooth, bukan apaaaaa sebab takde kereta hoi awal awal pagi aahahahha. 

So sampai hospital park tunggu Mak pegi toilet lah bagai I pun time time tu lah sakit perutnya then hantar ke bahagian klinik & balik. Nervous juga ni nak balik. 

Masuk je kawasan kampung rumah, berselisih dengan lori sawit yang over load. Ya Tuhan takut gila sampai menyasar ke tepi sebab seram gila lah lori tu macam nak runtuh je banyak sangat buah sawitnya. Nephews I pun semua dah eh makde makde! Hhahahahah hah seram kay. Bertabah lah nak~ Dah la I takut nak laju buatnya ada lembu melintas ke apa, kampung kan. Tu yang Adik marah sangat malam tu I bantai slow gila jalan, yang dia dah mengantuk gila, I pulak gi slow sebab malam takut ada benda-benda lintas ke apa. Standard lah kampung bawak 20kmj. Ke tak? Kakakakakah!

Berenti kat gerai pun makanan dah habis. Dah la kat rumah takde makanan. Tak kuasa nak masak lah sebab kejap lagi nak keluar gi kenduri. Sampai neph I, ermm macam orang miskin takde makanan. Kakakkah. Baru kau tahuuuuu. Rasakan! Ada makanan mengada ngada. So makan roti je. 
Alhamdulillah. Selamat sampai rumah Nenek.
Adam masih syok tidur, Iqi sepet sepet mata dok memantau, Syahmie sibuk dengan tab tak sudah sudah

Lepas diorang mandi & I pun mandi lagi sekali siap-siap Mak call kata dah siap dah checkup. So pukul 11 keluar balik. Cabaran nya ada lorry besar ikut kat belakang, lama juga. Nervous jangan cerita laaahhhh~

Sampai klinik tu, Abah tak siap lagi pegi mana entah beli air ke apa. Stress juga I nak pegi pusing & parking sebab sempit gila. Baru nak masuk parking Mak panggil. Ok done. I siap bukak Waze sebab tak tau jalan nak pegi kenduri tu. 

Dah la memang tak biasa jalan arah ke Jerantut tu, lepas tu pulak rumah mak wife cousin tu   macam kampung kedalam. Kenduri doa selamat masuk rumah baru mak mertua cousin & aqiqah anak dia. 

Masuk keluar tol then jumpa lah simpang masuk nya I dah cuak tengok turun bukit, ni macam mana gayanya ni karang nak balik?

So based on Waze okay lah Alhamdulillah sampai tapi bila nak masuk tu ada pulak ke dalam lagi so terlepas tapi dah nampak kemah. Dah la jalan sempit gila, terlajak pulak. Abah ajar reverse. Ikut I nak pusing macam Uturn je tapi Abah ajar undur & pusing. 

Nak masuk pulak pagar alahai kecik cinonet tepi longkang. Mampos ni. 

Nasib la Abah suruh ketepi sikit. Selamat la I. Kalau sorang? Mau teragat dah pagar orang tu. Then masa nak balik pun kena bawak kereta ke tepi kemah sebab Abah dah sakit kaki. So bawak tapi tak tau nak reverse hahhahah takut kena kereta orang. Dah lepas, nak keluar ke main road yang berbukit tu pun Alhamdulillah lepas. 

Masuk keluar tol tiba tiba lah ada orang nak repair jalan bagai. Dah la pakai kain merah je kibar kibar. Takde kain hijau untuk jalan ke apa. Stress nya lahai. Semua orang dalam kereta dah tidor. Telan ailioi lah I. 

Last last Alhamdulillah sampai rumah. Abah suruh masuk parking bawah porch tapi ada kereta Abang. Salah amik side. Depan tu takde pagar kang terjun pulak ke depan. Mak dah cuak hahahhahah. 

So habis satu hari berjalan. Alhamdulillah..