[Review] - Lazada : Gold Bar Pen Drive

So, disebabkan pendrive comel nipis i telah terhilang, maka kita beli lah yang baru. Nak beli hardisk tapi hardisk yang lama ada cuma nak kena format dan beli cable baru saja. Tapi nampak gayanya macam nak arwah juga hardisk tu. Format dekat sepuluh kali tak lepas-lepas dah kenapa?

Last month, google-google jumpa lah yang menarik hati. Mula-mula tu dah bayar yang cartoon shape pendrive sekali entah macam mana habis stock. Itu yang cari lain dan jumpa lah yang gold bar ni. 

Perhatikan, in red circle tu ada tulis ship from overseas, malangnya entah masa tu blur blur so tak perasan. 

Maka, I pun cuma tulis as for local shipment. Tak tulis nama penuh pun. Dan lagi malangnya, tersilap shipped to home address. Biasanya ship to office je sebab memang ada kat ofis tak kemana pun kan. 

Makaaaaa, terjadilah sedikit pergeseran dekat pejabat pos tadi. Masa nak ambik pos daftar, kena bagi IC. Dah kalau nama dekat postage tu just a nickname such Nurul/Adam/Ahmad apa apa lagi lah nama panggilan kan ke tak sama dengan nama dekat IC. So diorang tak boleh nak release barang tu. 

Sebabnya mungkin ada orang lain yang jumpa kertas yang  minta collect item di post office tu instead of tuan punya barang so simply nama I Nurul so I datang nak collect this item. Free-free je orang tu dapat dan kalau bawa kes ni ke mahkamah, officer yang release pun sama kena. Amboi sampai ke mahkamah peginya. 

So disebabkan ini first time, tak mengapa dia lepaskan. Lagipun I muka very confident nak datang ambil tu dan maybe dia recognize juga kot muka ni selalu juga datang ke post office tu, perhaps?


Bertanduk okay menunggu pendrive ni nak tiba. 

Overall, puas hati juga lah dengan service lazada kali ini. Pendrive nya very wow. Seketul emas! Tapi malangnya kalau jual takde untung hahahhaha. Lain lah 1 gram gold bar yang I simpan everymonth itu. Siapa nak simpan gold bar setiap bulan, boleh lah contact I. Alah, tak banyak, 1 gram aja. Sikit sikit lama lama jadi bukit.  Gituuuuu sempat lagi ya.

Mari tengok produk yang dah sampai tu.

Dari jauh bersinar-sinar bergemerlapan laksana emas tulen bukankah? Tipah Tertipu.

Amacam? Hensem tak?


No comments: