Padah mangga jeruk terhadap handphone

Adik adik..kau orang kenal handphone Nokia 3310?
Abang abang dengan kakak kakak duduk diam diam ye. Haha.

2003, Masuk kolej. Yayasan Pahang kasi RM500. Masa tu Nokia 3310 harga dia kalau tak salah seratus lebih. Ke dua ratus entah. Hint hint dekat emak nak beli handphone. Biasalah, darah tengah panas, nak jugak ada apa yang orang lain ada. Kalau tak ketinggalan lah ye tak? Hah Loser. Mak malas nak layan perangai buruk anak dara dia terus kasi beli. Aku pulak hati bukan kepalang suka.

Kuantan Parade, Masa tu harga simcard mahal lagik. Nombor pulak tak nak kalah. Nak yang special je. Aku tak ingat nombor tu. Pasal dah lama. Hilang pulak tu. It was 0199770997 macam tu lah lebih kurang. entah lah. Sumpah aku lupa. Tapi banyak lah nombor sembilan dengan tujuhnya. 

Hey masa tu Nokia 3310 sangat popular okeh di kalangan student yang sengkek macam aku. Ah janji dapat telefon sudah lah. Nokia 3310 ni sumpah kebal. Aku pernah frust dengan x-bf selamba balik handphone ni ke dinding, eh boleh guna lagik. Tido kat hostel katil atas tak payah cerita lah berapa kali jatuh kan. Berkecai pasang balik. Berkecai pasang balik. Ringtone dia pun rare ah. Mana ada lagu lagu macam sekarang. Kau orang cikai cikai beli telefon sekarang dah boleh ada lagu, skrin kaler kaler. Kamera, 3G, Wifi jangan ceritalah. Haraaaammmm. Design Nokia 3310 ni pun boleh tahan kacak ok. Kaler biru. Lepas tu dulu letak sticker kat belakang bila tengah bercakap dia akan kelip kelip. Kalau malam cantek ah. Kenal ke tak ni Nokia 3310 ni? Kalau tak kenal, nah sila berkenalan.
Gambar Google Here
Setahun kemudian, jalan jalan dekat Kuantan Parade shopping itu ini, handphone tak sempat nak bubuh dalam beg. Main campak dalam plastik sekali dengan barang-barang. Balik hostel mandi lepak lepak dalam setengah jam macam tu kot. Lepas tu selongkar barang-barang yang dah beli tadi. Eh eh habende yang panas sangat ni???

Tengok tengok henfon gue. Pegang handphone gila panas nak mati. Bukak bateri tengok bateri terhakis. Dia punya panas macam nak meletup handphone tu. Takut sungguh aku.

Minggu depan nya, 
Aku :  Mak..handphone rosak. Nak beli handphone baru
Emak : Banyak duit kau?
Ah aku tau takde duit tapi ergghhh.
*macam ni lah lebih kurang perbualan dia*

Moral : 

  1. Kalau korang makan asam/mangga jeruk pegi ah buang cepat cepat plastik dia hokey! Nak nak lagik yang ada balance air asam tu.
  2. Handphone tu letak elok elok dalam beg, jangan campak dalam plastik asam tadi tu.
  3. Beringat sebelum kena. 
  4. Warrgghhhhh!

Tips untuk si kaca mata

Yang tak pakai spek pegi main jauh jauh.

Ololololooo tak tak. Meh meh baca meh.

Korang menyampah dengan spek yang kadang2 kelabu? Dah lap lap pun still macam kotor kotor?

Ok. Skang ni pegi ambik shampoo dalam bilik mandi tengok kat ingredient shampoo tu ada tak Sodium Laureth Sulfate? Ha. kalau ada curah sikit dalam bekas, taruk air agak agak boleh terendam spek tu dan rendam lebih kurang 15-20minit. 

Capture guna kamera henfon 2.0megapixel je. TX1 Pink ada kat Beijing
Mak aku pun dan dan lah orang pertama campak spek dia dalam tu nak test sama katanya. Lepas tu kau orang bilas lah guna air biasa dan lap guna kain yang lap spek tu. Jangan nak lap pakai kain lain. Kang calar tak jamin. Bila dah lap dan kering tu heh aku boleh sengih ok pakai spek ni semula. teraaaaaanggggggg!!!!! 

Jadinya, kau orang, sila lah try. Benda tak susah pun. Tak payah nak pegi cuci kat kedai dah. Oh, by the way aku guna shampoo sunsilk anti-dandraff kaler biru tu. Shampoo lain tak cek pulak. Pandai lah kau orang cek sendiri.  Sebulan sekali buat jadi lah ye tak. 

Sodium laureth sulfate, or sodium lauryl ether sulfate (SLES), is a detergent and surfactant found in many personal care products (soaps, shampoos, toothpaste etc.). SLES is an inexpensive and very effective foaming agent. SLES has been shown to produce eye or skin irritation in experimental animals and in some human test subjects.
Sumber : Wikipedia


Padah Nescafe 3in1

Korang suka minum nescafe? Tak kira la nescafe o, kosong, susu, 3in1 adik beradik dia la tu. Aku mendadah jugak dengan Nescafe ni. Sehari tak dapat tak sedap tekak. Tapi lepas baca ni haishh memikir jugak nak minum.

Dapat ni dari facebook. Meh nak share. Betul ke tidak Wallahua'lam.
Kawan saya (dah arwah) dari usia muda, pagi nescafe 2X, petang nescafe 2X, malam nescafe 2X. Depan mata saya, bangun dari kerusi, kaki dia terus patah, tulang dia reput
Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

Dikenalpasti:
  • Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
  • Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
  • Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
  • Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
  • Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  • Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
  • Tapak tangannya.semakin basah.


Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
  • Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 
  • Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 
  • Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 
  • Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 
  • Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
  • Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 
  • Elakkan mandi selepas makan 
  • Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 
  • Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 
  • Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 
  • Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. 
Sumber : Facebook


Scary kannnn?? Cuak aku bila baca kaki patah reput segala tu. isk... Part makan benda benda berminyak tu memang lah tak baik untuk jantung.  Nak minum air manis? minum lah. takda sapa nak larang aih. Tak salah nak minum air manis tapi pastikan bilas balik dalam badan tu dengan minum air putih/air kosong. Sila la minum air putih banyak banyak. Kencing tiga puluh kali sehari pun takpa aih.


Check Bayaran Balik PTPTN

Untuk mereka-mereka yang terikat dengan PTPTN, semoga dapat manfaat :)

Dah pandai pinjam tu pandai la pulang balik kaaaannnnnn.

Aku ni tak de lah bijak pandai sangat. Belajar dulu pun mengharap duit PTPTN jugak. Tapi bila dah kerja jangan lah jadi macam kacang lupakan kulit pulak kannn. like time kau nak dia kemain lagi heh janji manis dah kerja nnt bayar balik. bila dah dapat, enjoy, dah keje haghaaammmm nak bayar balik. no good! no good!!

Jadi..aku selalu bayar thru online saje. Maybank2U. Mudah dan senang gila. Tapi..macam mana nak tau balance yang perlu bayar? Sebab aku tak pernah dapat surat dari PTPTN pun.

Maka ini cerita dia. Pernah dengar EFES? e-Financing Educational Solution? epay?



Ini interface dia.

Macam mana nak dapatkan nombor pin? 
  • Kaedah Pertama : Call hotline PTPTN 03-2080 4455
  • Kaedah Kedua : Pergi mengarang serba sedikit maklumat diri, nama & nombor kad pengenalan dan emailkan ke webmaster@ptptn.gov.my
Check email anda. Bila dah berjaya dapatkan no pin, terus saja login.


Ini interface ke dua. Dia akan paparkan maklumat kita dan juga rekod-rekod transaksi bermula dari jumlah yang sepatutnya kita bayar.

Kalau nak tengok semua transaksi/pembayaran yang dah kita buat cuma klik  lihat terperinci
Haku tak mampu kot nak bayar sedebuk tiap tiap bulan. Jadinya, kita bayar secara konsisten saja lah. Sabar lah. 2 taun lagi beres la tu. Hehe. Dua taun kejap je kan. Alah..asalkan kau bayar secara konsisten dan nama tak kena blacklist itu dah memadai aku rasa. Mana mampu kot nak bayar sekaligus. 

Dulu sebelum dapat skandal dengan JPA, berjinak jugak lah dengan PTPTN dua bulan lebih kena dekat 7k, sekali JPA bayar sedebuk 7k tak payah lah baik hati bayar semua kannnnn..Sikit sikit sudahhh. Hahah. joli katak lah sekejap kan. Bahana dia sekarang ni lah. Masak lah kau dua taun lagik.

Eyh, duit JPA dulu guna sikit beli henfon. Tak mintak duit mak abah pun :( dah dekat 4 taun umur dia tau. Walaupun sangat buruk dah rupa dia tapi sayang woh kira duit sendirik tuh. Betapa jimat nye haku. Jimat kah?


Makanan Asasi Rakyat Malaysia

Sarapan pagi = Malaysia = Roti Canai

Aku baru je lepas makan roti canai. Berapa ramai yang tak pernah makan roti canai? Tak payah nak menipu.

Dulu dulu aku paling tak suka makan roti canai sebab terbayang2 tangan dan peluh peluh orang yang menebar tepung tu. yaaaawwww geli okeh. Lepas tu perut macam tamak. Setakat makan sekeping macam tak kenyang. Baik makan nasik lemak. Eh nasik lemak pun tak boleh. Nanti macam makan dadah dia punya efek mengantuk. 

Last two months pegi Baling, Kedah pasal  kawan kawin. Dapatlah satu roti canai  dan nasik lemak murah gila. Mana ada nasik lemak 60 puluh sen lagik dah zaman sekarang kan? Tapi dekat sana ada. Roti canai dia pulak sedap, tak berminyak langsung. Garing. Boleh makan macam tu aje. Aku dan mak sampai order 3 keping. Tapi share lah. 

Mak aku sampai sekarang kalau pegi sarapan dekat luar akan compare dan cerita kesedapan dan kemurahan nasik lemak serta roti canai dekat Baling.

Roti canai dekat sini? ergghhh...sekarang aku rasa nak muntah. bilas tekak laju laju dengan air masak. 

Ni makan roti canai ke makan tepung dengan minyak???


Mencanting batek di Teluk Cempedak

Pertama tamanya aku mengalami sedikit masalah kekeliruan ejaan.

Mencanting atau Mencanteng? Atau Menconteng?
Batek atau Batik?

Aktiviti mencanteng/mencanting/menconteng batek ni adalah aktiviti yang tak berfaedah di malam hari Oktober 2010. Lepas kekenyangan sebab masing masing melantak tak hengat dunia, aku dan bff pergi lepak dekat TC. TC sekarang malam-malam meriah wooohhh.. Rugi tak lepak. Jangan kata mamat hensem, mamat cantik pun bersepah sepah sampai juling bijik mata.

Hasilnyaaa.. F for Art. Thank U. Menangis lah Cikgu Pendidikan Seni.
Lepas tu adelah pulak ankel mana entah dok usha usha suruh tinggal lukisan ni kat situ. suruh jual. aku punya gelakkan dia. mana ada orang nak lukisan buruk compang camping macam ni ankel oihhhh... 

kata dia nnt kalau ada mat saleh yang bercitarasa pelik nak beli dia akan contact aku untuk kasi bayaran. aku pun gelak dan terus berlalu. tak minat. ni kenangan dengan bff. mana boleh jual ouh.

korang..agak agak nak asah bakat conteng2 ni pegi la melepak dengan booth2 TC tu. benda macam ni pun kena seploh hengget. dunia duniaaa..semua duit.


Strike-Through / Tulisan Berpalang

A friend of mine aritu ada tanya macam mana nak buat tulisan yang macam ni. Ada dua option.

Cara Pertama

  • Taip entry macam biasa. Contoh ayat. "Semalam aku mimpi kawen dengan pasal Fahrin Ahmad"
  • Nampak macam pelik kan? Ayat caca marba.
  • Ok..sekarang kita akan palangkan part kawen dengan tu. 
  • Taipkan macam ni: Semalam aku mimpi <s>kawen dengan</s> pasal Fahrin Ahmad.
  • Nanti bila post, dia akan generate terus palang tu.

Cara Kedua
  • Kalau yang baru berjinak-jinak register blog tu, blogspot sekarang dah ada letak option tu dekat atas toolbar untuk mengarang post tu.
  • Tu..nampak yang aku tunjuk dengan anak panah merah tu? yang ABC kena garis tu.
  • Yang ni cuma highlight kan perkataan yang nak di strike dan tekan je ABC berpalang tu.
  • Mudah bukan.
So, jadilah macam ni Semalam aku mimpi kawen dengan pasal Fahrin Ahmad

Mana aku pernah mimpi pasal Fahrin Ahmad. Itu contoh saja lah.